Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor UMK

24 Nov 2022 • 10:20 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BACHOK: KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baharu.

Watikah pelantikan Pemasyhuran Tuanku Canselor telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff sempena Istiadat Konvokesyen UMK Ke 12, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, pada Rabu.

image is not available

Pada Majlis itu, Tuanku Canselor turut berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra sebagai Pro Canselor UMK.

Turut berkenan berangkat menyaksikan pemasyhuran tersebut adalah Sultanah Kelantan, DYMM Nur Diana Petra Abdullah dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan selaku Pro Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz dan Pro Canselor UMK, Tan Sri Dato’ Dr. Asiah Binti Abu Samah.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YB Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

image is not available

Prof Datuk Dr Razali Che Razak berkata seramai 2,211 graduan akan menerima ijazah dalam pengajian bidang masing-masing yang mana mereka diraikan dalam lima sidang istiadat konvokesyen itu bermula 23 hingga 25 Nov depan.

“Dalam sidang pertama, majlis meraikan seramai 97 graduan. Secara terperincinya seramai 23 graduan penerima Ijazah Doktor Falsafah, seorang graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA), 58 graduan Ijazah Sarjana dan 15 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.”

image is not available

“Istimewanya hari ini juga, UMK meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan (Master of Business Communication) daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan,” tambah beliau.

image is not available