Sultan Nazrin Rasmi Hospital Parit Buntar

LocalHealth & Fitness
22 Sep 2026 • 2:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sultan Nazrin Rasmi Hospital Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 22 Sept (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Hospital Parit Buntar hari ini.

Yang turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dzulkefly dalam ucapannya berkata hospital itu mula dibina pada Januari 2018 dan siap pada 23 Julai 2025 dengan kos berjumlah RM173.3 juta sebelum beroperasi pada 3 Sept tahun sama.

Beliau berkata pelbagai cabaran dihadapi sepanjang pembinaan hospital itu seperti keperluan kerja awalan intensif bagi menstabilkan struktur tanah bendang dan pandemik COVID-19.

Hospital Parit Buntar yang mempunyai enam blok bangunan dilengkapi dengan 76 katil merangkumi wad lelaki, perempuan dan kanak-kanak selain wad bersalin serta Unit Rawatan Separa Rapi (HDU).

Selain itu, hospital tersebut menawarkan kemudahan seperti enam bilik bersalin, ruang pemerhatian, Unit Respiratori dan Hemodinamik (RHU), Pusat Penilaian Kehamilan (PAC) dan dua dewan bedah moden dengan satu daripadanya mula beroperasi pada 3 April 2026.

Hospital itu juga menyediakan perkhidmatan kecemasan berzon, klinik pakar, hemodialisis, pengimejan dan diagnostik, patologi, transfusi serta farmasi selain menempatkan masing-masing seorang pakar perubatan dalaman dan pakar perubatan kecemasan.

Dzulkefly berkata setakat ini, fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di Perak merangkumi 14 hospital, klinik kesihatan (89), klinik pergigian (78), klinik kesihatan ibu dan anak (10), klinik desa (188), institusi psikiatri (1) dan 16 klinik komuniti untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved