Sultan Nazrin Titah Perak Kibar Bendera Separuh Tiang

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 1:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang hari ini bagi mengenang pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

image is not available

Tuanku menzahirkan rasa sedih dan dukacita bagi seluruh rakyat di negeri Perak atas berita pemergia negarawan itu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam kenyataan berkata, kibaran bendera secara separuh tiang ini adalah khusus bagi bendera negeri Perak sahaja dan dilaksanakan di semua premis kerajaan, termasuk kediaman rasmi dan kuarters kerajaan.

image is not available

“Pelaksanaan hendaklah dibuat sebaik sahaja selesai sesi Titah DiRaja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri yang Kelima belas Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.

image is not available

Oleh itu, semua jabatan, agensi serta pihak terlibat diminta untuk patuh melaksanakan titah dengan penuh tertib dan hormat, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara.