Sultan Pahang Kurnia Sumbangan Kepada Waris Allahyarham Nur Farah Kartini

19 Jul 2024 • 4:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris mangsa kes bunuh, Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah hari ini.

image is not available

Foto: FB Kesultanan Pahang

Menerusi satu hantaran di Facebook, kurniaan baginda itu disampaikan melalui Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah semasa mencemar duli menziarahi keluarga Nur Farah Kartini di kediaman kakak iparnya yang terletak di Kampung Nyiur Manis, Pekan.

Tengku Amir Naseer meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni ibu mangsa, Salmah Abdullah serta ahli keluarga lain yang turut berada di rumah itu sebelum menyampaikan sumbangan tersebut.

image is not available

Foto: FB Kesultanan Pahang

Tengku Amir Naseer yang turut bersimpati di atas kejadian terbabit menzahirkan ucapan takziah serta berharap agar ibu serta seluruh ahli keluarga mangsa supaya sentiasa bersabar dengan ujian yang diterima.

Turut bersama-sama menziharahi keluarga mangsa ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

image is not available

Foto: FB Kesultanan Pahang

Untuk makluman, jenazah Nur Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Nyiur ManiS pada jam 5.30 petang semalam selepas dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved