Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke kediaman keluarga Allahyarham Dr Hasmah Ali di The Mines, hari ini bagi memberi penghormatan terakhir.

Menurut laporan Free Malaysia Today, baginda berdua tiba sekitar jam 2 petang tadi.

Image from: Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Hasmah

Foto: Free Malaysia Today

Turut menziarahi keluarga Allahyarham ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Image from: Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Hasmah

Foto: Free Malaysia Today

Kehadiran mereka menyusuli kunjungan beberapa tokoh politik dan personaliti sejak pagi tadi yang hadir bagi menziarahi keluarga serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.25 pagi tadi pada usia 100 tahun.

Solat jenazah Allahyarham dijadualkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur, sebelum jenazah dijangka dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan Allahyarham akan diberikan istiadat pengebumian pembesar negara.

Sumber: Free Malaysia Today (Nur Alif Hazmi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved