Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru rakyat doakan keselamatan misi kemanusiaan ke Gaza

3 Sep 2025 • 11:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menyeru rakyat mendoakan keselamatan serta kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan ke Gaza. Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru semua rakyat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

"Semoga misi kemanusiaan GSF ke Gaza beroleh kejayaan,” demikian titah baginda berdua menerusi hantaran berserta poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Sebanyak 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza pada 1 September lepas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.

Difahamkan fasa seterusnya akan menyaksikan kumpulan kedua terdiri 15 delegasi Malaysia berlepas dari pelabuhan Itali bersama delegasi antarabangsa pada 4 Sept ini, serentak dengan kumpulan ketiga Malaysia yang kini berada di Tunisia.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved