Sultan Pahang terima menghadap PM Anwar di Istana Abdulaziz

LocalPolitics
23 Mar 2024 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz, di sini sempena lawatan beliau ke negeri ini. Foto Bernama

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz, di sini sempena lawatan beliau ke negeri ini.

Berangkat sama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada pukul 3.40 petang, dengan pertemuan berlangsung kira-kira satu jam.

Anwar kemudiannya beramah-mesra dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebaik selesai pertemuan berkenaan.

Dalam lawatan sehari ini, Perdana Menteri juga turut dijadualkan mendengar sesi taklimat pembangunan negeri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudiannya melakukan jelajah mesra di bazar Ramadan Taman Kerang, serta menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved