Sultan Perak rasmikan lukisan kanvas Harimau Malaya terbesar di Malaysia

LocalEnvironment
27 Aug 2024 • 4:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sultan Perak rasmikan lukisan kanvas Harimau Malaya terbesar di Malaysia

syaza

27/08/2024 - 16:05

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini merasmikan lukisan kanvas Harimau Malaya terbesar di Malaysia.

Lukisan kanvas terbesar itu merupakan inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh anak syarikat Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd.

Hadir sama semasa majlis perasmian itu adalah Pengerusi AmanahRaya, Tan Sri Idrus Harun, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix, Tunku Rozita Tunku Abdul Malek juga barisan Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan AmanahRaya.

Tan Sri Idrus Harun berkata, AmanahRaya-Kenedix mengambil inisiatif menjalankan kempen Konservasi Harimau Malaya yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya atau Panthera Tigris Jacksoni dengan kerjasama Persatuan Pelindung Harimau Malaya (RIMAU) di The Intermark, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) populasi Harimau Malaya liar di Malaysia telah menurun kira-kira 1,000 ekor pada tahun 1970an kepada kurang daripada 150 ekor hari ini akibat pemburuan haram.

"Inisiatif tersebut juga diwujudkan selaras dengan keperluan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) yang perlu dipraktikkan oleh setiap syarikat korporat termasuk juga warga kerja Kumpulan AmanahRaya, ujar beliau.

Tunku Rozita ketika memberi penerangan mengenai kanvas lukisan Harimah Malaya berkata, lukisan gergasi gabungan 16 kanvas dengan kelebaran keseluruhan 23-meter persegi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha proaktif AmanahRaya-Kenedix dan RIMAU untuk membantu dalam konservasi Harimau Malaya.

"Lukisan tersebut menjadikan satu indikator penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita.

"Pameran hasil karya seni Harimau Malaya bermula hari ini yang akan dijual kepada orang ramai, hasil daripada pameran tersebut akan disalurkan ke dalam Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya anjuran RIMAU," ujar beliau.

Sementara tu, kanvas lukisan Harimau Malaya oleh pelukis mural terkenal Malaysia, Lina Ali telah disiapkan dengan bantuan pengurusan dan warga kerja Kumpulan AmanahRaya menerusi program CSR Harimau Malaya pada 30 Mei dan 31 Mei 2024.- DagangNews.com

View Original Article