
Oleh Azian Aziz
SHAH ALAM, 21 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap sambutan perayaan sebegini terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Baginda juga berharap perayaan ini diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.
“Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua,’’ menurut kenyataan dikongsi menerusi Facebook Selangor Royal Office.
The post Sultan, Permaisuri harap Tahun Baharu Cina dirai dalam suasana muhibah, penuh toleransi appeared first on Selangorkini.

