Sultan Selangor berkenan lancar biografi Lee Lam Thye

16 Jun 2022 • 5:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melancarkan buku biografi Tan Sri Lee Lam Thye di Hotel Concorde, di sini hari ini.

Buku berjudul ‘Call Lee Lam Thye-Recalling a Lifetime of Service’ ditulis Sofea Chok Suat Ling dan P Selvarani menceritakan pengalaman aktivis berkenaan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam selain menyertai pelbagai organisasi.

Buku setebal 312 muka surat dihasilkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandrin yang dijual di kedai buku atau dalam talian dengan harga antara RM50 hingga RM70, mulai hari ini.

Sementara itu Lam Thye yang juga pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata buku terbabit adalah ilham yang dizahirkan DYMM sultan ketika beliau sembah menghadap sebelum ini.

“Buku ini siap dalam tempoh lebih lima tahun dan menceritakan kehidupan peribadi sepanjang 53 tahun bergelumang dalam politik dan aktiviti sosial.

“Kerjaya politik saya berakhir pada 1990 tetapi tanggungjawab dan komitmen kepada masyarakat dan negara masih berjalan,” katanya.

Berusia 76 tahun, Lam Thye pernah menjadi wakil rakyat Bukit Nenas dan Serdang selain menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang antara 1978 hingga 1990.

Beliau juga sanggat mencintai haiwan jalanan dan terbiar dan menjadi penaung Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) .

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved