Sultan Selangor berkenan melawat Menara Berkembar Petronas KLCC

23 Mar 2023 • 1:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Menara Berkembar Petronas KLCC pada 21 Mac lalu.

Lawatan kali pertama Baginda ke manara berkembar tertinggi di dunia itu diiringi Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Naib Pengerusi Eksekutif MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Baginda turut dibawa melawat Skybridge di tingkat 41 bagi menikmati panorama Kuala Lumpur selain turut dibawa ke pejabat Mohd Bakke di tingkat 81 di Menara 1.

“Baginda turut disembah maklum mengenai aktiviti dan pembangunan terkini menara berkenaan, serta perancangan seterusnya sebagai destinasi tarikan antarabangsa,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.