Sultan Selangor berkenan melawat Pameran Seni CIMB Artober Art & Soul

26 Sep 2025 • 9:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Sultan Selangor berkenan berangkat ke Pameran Seni CIMB di Mitec

SHAH ALAM, 26 SEPT : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan ke Pameran Seni CIMB Art & Soul Artober X Asean Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur, hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut melawat ke ruang hasil karya seni yang dipamerkan untuk MERCY Malaysia Gaza Art Auction.

“Antara yang menjadi tarikan utama Baginda adalah paparan koleksi eksklusif karya Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein, seorang tokoh legenda seni Malaysia yang jarang diketengahkan kepada umum,” kongsi Selangor Royal Office di Facebook.

Memasuki tahun kelima penganjuran, CIMB Artober Art & Soul merupakan inisiatif institusi perbankan itu dalam menyokong pembangunan industri seni tempatan.

Ia juga sebagai platform kepada pelukis kreatif untuk memperkenalkan karya mereka ke pasaran yang lebih luas.

Pameran kali ini menampilkan mahakarya lebih 100 artis dan berlangsung sehingga 28 September ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved