Sultan Selangor: Hanya pengerusi boleh buat kenyataan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI

6 Oct 2022 • 12:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebarang kenyataan berhubung keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hanya boleh dibuat pengerusi muzakarah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah ketetapan itu bagi menjamin integriti dan kepercayaan rakyat terhadap jawatankuasa berkenaan.

“Ini penting untuk memastikan agar keputusan muzakarah di peringkat kebangsaan dan fatwa di peringkat negeri tidak dipengaruhi unsur-unsur politik kepartian.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hanya bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Muzakarah MKI,” titah Baginda ketika berucap dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Pertama 2022 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri di sini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved