Sultan Selangor perkenan DUN dibubar pada 23 Jun 2023 bagi beri laluan Pilihan Raya Negeri

Politics
19 Jun 2023 • 11:03 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sultan Selangor perkenan DUN dibubar pada 23 Jun 2023 bagi beri laluan Pilihan Raya Negeri

zulfadli

19/06/2023 - 11:03

KLANG 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Bernama.

image is not available
Sultan Sharafuddin Idris Shah

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Haris Kasim; Speakar DUN Selangor, Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor. - DagangNews.com