Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Berangkat Ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

29 Jan 2023 • 7:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menggaul 'yee sang' bersama Menteri Besar Selangor dan ADUN berbangsa Cina, sebagai simbolik perayaan berkenaan - Gambar Bernama

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 peringkat negeri, malam ini.

Majlis anjuran kerajaan negeri itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Acara sambutan tahun ini, diadakan di dua lokasi iaitu di Dataran Kemerdekaan serta di Dewan Bankuet dan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menggaul 'yee sang' bersama ADUN berbangsa Cina, sebagai simbolik perayaan berkenaan.

Tetamu juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian singa, tarian naga, opera cina dan pukulan gendang.

Pada tahun ini, Kerajaan Selangor menyediakan 2,000 angpau elektronik bernilai RM10,000 secara keseluruhan buat tetamu yang hadir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved