Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan Tahun Baharu Cina

25 Feb 2024 • 3:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri.

image is not available
Amirudin (tengah) mengetuai kepimpinan kerajaan negeri menyambut keberangkatan tiba Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di pusat beli-belah IOI City Mall pada Sabtu.

Keberangkatan tiba Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Selangor serta rakyat jelata.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata, sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri itu diraikan pada hari Chap Goh Mei yang merupakan sambutan penting bagi masyarakat Tionghua.

**media[2551038]**

Beliau berkata, walaupun terdapat kepelbagaian warna kulit, etnik serta fahaman agama ia bukan elemen yang memisahkan rakyat Selangor.

“Kita sambut Tahun Baharu Cina pada hari Chap Goh Mei yang merupakan sambutan penting sahabat kita masyarakat Tionghua, inilah bukti negeri ini tiada tandingan.

“Kebersamaan ini menjadi asas membolehkan rakyat bukan sahaja hidup dalam keadaan aman dan harmoni tetapi memeriahkan suasana di Selangor,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.