Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya

31 Mar 2025 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam. Foto: Facebook Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam, khususnya di Selangor dan seluruh Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda berharap agar perayaan ini disambut dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh perpaduan.

“Semoga budaya sambutan perayaan seperti ini dapat memperteguh jalinan kesepaduan.

“Ia juga diharapkan dapat memastikan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum terus hidup dalam suasana penuh toleransi dan aman sentosa,” titah baginda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved