Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

21 Jan 2023 • 8:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini baginda berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, serta diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.

“Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua,“ titah baginda.

Dalam hantaran sama, turut dikongsikan beberapa gambar baginda berdua ketika berangkat melawat Pinang Peranakan Mansion di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rumah agam yang dibina sekitar tahun 1893 itu kini dijadikan muzium dan menempatkan pelbagai barangan antik, artifak serta koleksi gaya hidup golongan Peranakan atau Baba Nyonya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved