Sultan Selangor zahir ucapan tahniah kepada qariah Malaysia

25 Oct 2022 • 2:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada qariah Sofizah Mousin.

Baginda berdua berharap kejayaan Sofizah dari Selangor dinobatkan sebagai johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2022 itu menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda.

“Baginda berharap semoga kecemerlangan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda membudayakan amalan membaca al-Quran, memahami maknanya serta mengamalkan ajarannya, sekali gus menaikkan lagi syiar Islam,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Selain Sofizah, Qari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed yang meraih markah 93.33 peratus turut diumum johan tilawah, sekali gus membawa pulang wang tunai dan piala.

Majlis yang berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas melibatkan 36 peserta dari 28 negara, diadakan semula selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19.

Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini manakala kategori hafazan akan kembali tahun hadapan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved