Sultan seru rakyat sertai 46 program kebajikan negeri

13 Mar 2023 • 10:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru penduduk menyertai 46 program kebajikan Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Baginda amat menghargai usaha Kerajaan Negeri yang memperkenalkan pelbagai program dan kebajikan untuk manfaat rakyat di bawah kerangka ISP.

“Sebanyak 46 program dan inisiatif meliputi aspek pendidikan, kebajikan, perumahan, pembangunan modal insan dan kesihatan khusus untuk memperkasa rakyat Selangor.

“Beta berharap agar rakyat yang layak menyertai program- program ini mengambil peluang untuk menerima manfaat daripada ISP,” titah Baginda sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi tahun ini dengan sumbangan RM3,600 setahun kepada 30,000 keluarga berpendapatan rendah membabitkan peruntukan RM108 juta.

“Pada tahun ini juga, Kerajaan Beta menambah baik inisiatif sedia ada kepada warga emas dan orang kurang updaya (OKU) iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada golongan warga emas dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) kepada OKU.

“Beta difahamkan juga peruntukan bagi program-program ini turut dinaikkan selari dengan keadaan kos sara hidup yang makin meningkat ketika ini,” titah Baginda.

Baginda turut memuji pelaksanaan program Selangor Saring yang menawarkan saringan kesihatan percuma bagi membantu rakyat mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi serta pengesanan awal barah prostat, rahim dan ujian mammogram.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved