Sultan Terengganu berkenan terima menghadap PM

LocalPolitics
12 Jan 2023 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Istana Syarqiyyah selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah di sini pada Khamis.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada jam 10.27 pagi dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.

Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lepas.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved