Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

LocalHealth & Fitness
25 Jul 2026 • 4:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

KUALA LUMPUR -,Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, kini berada dalam keadaan sihat dan stabil serta akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti yang telah dijadualkan pasukan perubatan baginda.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

“Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT serta doa seluruh rakyat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kini berada dalam keadaan sihat.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kesihatan yang baik dan berpanjangan serta mempermudahkan segala urusan baginda. Amin Ya Rabbal ’Alamin,” menurut kenyataan itu. - Getaran, 25 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved