Sumagol juara Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Terbuka Sipitang 2024

23 Jan 2024 • 2:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Pasukan Sumagol dari Kemabong muncul juara Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Terbuka Sipitang 2024 selepas menumpaskan pasukan Majlis Daerah Sipitang (MDS) 2-1 pada perlawanan akhir di Padang Bola Sepak MDS pada Ahad lalu.

MDS mendahului melalui jaringan Muhammad Danish Dullah pada minit ke-22 namun Sumagol berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mirwanveron Matusci pada minit ke-24.

Chikonelson Kulisi kemudian meletakkan Sumagol FC di depan pada minit ke 49 memastikan kemenangan dan membolehkan pasukannya meraih hadiah wang tunai RM10,000 piala dan medal manakala MDS selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, piala dan medal.

Sebelum itu, pasukan Sumagol FC menewaskan pasukan North Buffalo 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam perlawanan separuh akhir manakala pasukan MDS menang 5-3 ke atas Inter United FC juga melalui sepakan penalti setelah mereka terikat 0-0 dalam perlawanan masa sebenar.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Inter United FC dari Keningau dan North Buffalo dari Sipitang berkongsi tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM5,000, piala dan medal.

Sebanyak 29 pasukan dari Sipitang (9), Lawas (3), Papar (2), Kemabong (1), Beaufort (4), Nabawan (2), Kuala Penyu (2), Tuaran (1), Tenom (1), Keningau (3), dan Kota Kinabalu (1) menyertai pertandingan itu dianjurkan oleh D’Bunga Team dan ditaja oleh Safiza Sports dan MDS diadakan selama dua hari bermula 20 Januari.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Ketua Parti Bersatu, Parlimen Sipitang Ramli Ag Hj Said dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak (JKPPB) Daerah Sipitang, Jawi Mohammad, Setiausaha Safa Daerah Sipitang, Jus @Jews bina, Jinego Sinteh mewakili Pegawai Eksekutif MDS, dan Alayy D’Bunga.

Sementara itu, menurut Penyelaras Kejohanan Gapar Omar, kehadiran penonton dianggarkan lebih 4000 penonton dan memberitahu D’Bunga Team merancang akan mengajur kejohanan yang sama pada tahun ini untuk pemain veteran yang menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 kepada juara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.