Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dinaikkan, diskaun elektrik 25% antara bantuan khas hadapi krisis global

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2026 • 5:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dinaikkan, diskaun elektrik 25% antara bantuan khas hadapi krisis global image is not available johardy16/04/2026 - 17:51 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 April - Kerajaan Sarawak mengumumkan beberapa bentuk bantuan khas bagi membantu rakyat di negeri itu berdepan cabaran krisis tenaga dan ekonomi global yang tercetus susulan konflik di Timur Tengah.

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan menerusi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan ditingkatkan kepada isi rumah, warga emas dan individu bujang, dengan bayaran antara RM75 hingga RM150, lapor Bernama.

 

Beliau berkata, hampir 900,000 penerima yang layak dijangka menerima manfaat berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini.

 

“Bantuan ini akan disalurkan dalam tiga fasa sepanjang 2026. Fasa pertama bermula pada Mac, fasa kedua dijadualkan pada Mei, manakala fasa ketiga pada November,” katanya dalam sidang media.

 

Menurut beliau, peningkatan itu melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM136.2 juta berbanding RM543.8 juta yang diperuntukkan bagi SKAS tahun ini.

 

image is not available

 

Abang Johari turut mengumumkan diskaun bil elektrik sebanyak 25% untuk pengguna domestik dari April hingga Disember tahun ini, yang dijangka memanfaatkan 714,557 isi rumah.

 

Subsidi berjumlah RM188.1 juta itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

 

Bagi mengurangkan kos perniagaan, beliau berkata kerajaan turut menyediakan diskaun 50% ke atas sewaan pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan.

 

 

 

 

 

 

 

“Bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang menyewa premis perniagaan milik badan berkanun negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Amanah Pembangunan Tanah, diskaun sewaan 50% turut diberikan.

 

“Badan-badan berkanun berkenaan akan menanggung kos diskaun ini yang dianggarkan memberi implikasi kewangan sebanyak RM8.1 juta,” katanya. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved