Sumbangan kecil sebanyak RM20 tidak lagi mampu menampung kos pilihan raya yang semakin tinggi, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau menjelaskan, realiti politik semasa menunjukkan kos mempertahankan satu kerusi Parlimen boleh mencecah RM1 juta, melibatkan kawalan media sosial, logistik, latihan petugas serta penggunaan teknologi kempen moden. Katanya, jika hanya bergantung kepada cara lama dan sumbangan kecil, parti akan ketinggalan.
Baca juga:
Kos sebenar jauh lebih besar daripada RM20
“Jangan lagi kita anggap nak derma RM20 cukup untuk pilihan raya. Kos sebenar jauh lebih besar. Kalau nak menang 60 kerusi, logiknya kena sedia RM60 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar PAS di Kompleks PAS Kedah seperti dilaporkan Berita Harian.
Beliau menegaskan, walaupun sumbangan kecil tetap dihargai, PAS perlu merangka kutipan dana lebih teratur dan berimpak besar agar jentera mampu bergerak lancar. Katanya, pemimpin dan ahli parti juga perlu bersedia berkorban dari segi kewangan kerana kos mempertahankan kerusi lebih besar berbanding menawan.
Sanusi turut mengingatkan pemimpin PAS supaya tidak leka dengan perbalahan dalaman kerana lawan politik sentiasa mencari ruang untuk melemahkan parti. Baginya, jika jentera bersatu dan bekerja keras, peluang PAS menambah kerusi di Parlimen lebih cerah.
The post Sumbangan RM20 tak cukup, kos PRU cecah RM1 juta satu kerusi – Sanusi appeared first on The Reporter.

