Sumbangan terus diberikan kepada mangsa banjir Baling

3 Aug 2022 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KEDAH: Prihatin dengan nasib 600 pelajar dari golongan B40 yang teruk terkesan akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini, Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp) tampil memberikan sumbangan berbentuk wang tunai.

Sumbangan tunai bernilai RM45,000 telah diserahkan oleh Pengerusi MARA Corp, YB Senator Dato’ Wira Haji Othman Aziz bersama Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Penyerahan sumbangan daripada Kumpulan MARA Corp kepada pelajar dilakukan di tiga buah sekolah yang melibatkan 300 pelajar sekolah rendah dan menengah pada 1 Ogos 2022 di Baling, Kedah.

Untuk makluman, Program Penyelarasan MARA [email protected] ini merupakan kerjasama antara Pejabat MARA Negeri (PMN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, anak syarikat serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan objektif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian kepala air dan banjir buruk ini.

Dalam masa yang sama, PMN Kedah juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan penilaian situasi banjir bagi mengenalpasti keadaan mangsa banjir temasuk rumah dan infrastruktur awam seperti sekolah, surau dan lain-lain melalui program MARA [email protected]

Tiga fasa permulihan telah dijalankan bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut antaranya proses pembersihan, agihan makanan dan keperluan serta kerja pembaikan rumah.

Semoga inisiatif yang dilaksanakan oleh Kumpulan MARA Corp dapat memberi manfaat dalam mengurangkan bebanan mangsa akibat bencana tidak dijangka ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.