
MEMBAKUT: Majlis Jejak Menara Gading Kali Ke-16 menyaksikan seramai 103 pelajar dari kawasan ini yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan pendidikan, di sini.
Bantuan itu merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif dan disampaikan sendiri oleh beliau di majlis yang diadakan di Dewan Sri Wawasan, di sini, Khamis lepas.
Daripada jumlah itu, 83 penerima adalah di peringkat ijazah manakala selebihnya masing-masing di peringkat Diploma dan Asasi.
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, majlis itu adalah acara tahunan pihaknya sejak 2008 lalu bagi membantu semua anak-anak Membakut yang terpilih ke IPT.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Pada masa sama katanya, inisiatif berkenaan juga dapat meringankan sedikit beban ibu bapa pelajar terbabit khususnya membabitkan kos penerbangan dan pendaftaran ke IPT.
“Ini acara tahunan kita sejak 16 tahun lalu dan masih dilaksanakan sehingga hari ini bagi membantu anak-anak kita yang terpilih ke IPT, seterusnya dapat meringankan sedikit beban ibu bapa mereka,’ katanya.
Ariffin berkata, kerajaan negeri juga menyediakan banyak bantuan pendidikan seperti biasiswa dan pelbagai program lainnya dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak Sabah.
Menurutnya, antara bantuan itu termasuk, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Biasiswa Yayasan Sabah dan Inisiatif Pembangunan Pendidikan Sabah yang merangkumi pelbagai program pemerkasaan pendidikan.
“Sudah ramai pelajar kita bantu menerusi semua program ini dan saya minta semua pelajar ambil peluang daripadanya kerana ini adalah inisiatif kita di bawah agenda ‘Sabah Maju Jaya’ (SMJ),” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



