‘Sumbangan van jenazah mudahkan urusan PDRM’

14 Feb 2024 • 1:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Isu kekurangan van jenazah yang dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akhirnya selesai menerusi sumbangan dua van jenazah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, van jenazah yang disumbangkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akan digunakan di seluruh Sabah bagi memudahkan urusan pengendalian jenazah.

Beliau berkata, memandangkan bukan semua anggota PDRM beragama Islam maka, beliau berharap kerajaan negeri dapat menyumbangkan satu lagi van untuk kegunaan pegawai dan anggota yang beragama Islam.

“Kita khuatir akan timbul isu sekiranya van jenazah sedia ada kita gunakan untuk memindahkan tubuh dari satu ke tempat yang lain atau masuk ke kawasan gereja dan masuk ke tanah perkuburan bukan Islam.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Andai kata ada lagi van yang tidak bertulisan (jawi) yang boleh disumbangkan, kita amat mengalu-alukan dan harapkan,” katanya semasa majlis penyerahan van jenazah kepada PDRM Kontinjen Sabah, baru-baru ini.

Beliau berkata, PDRM turut menghargai sumbangan kewangan daripada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Muis) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Masjid Nur Islam Kariah PDRM Sabah.

Katanya, sumbangan tambahan RM30,000 yang diberikan akan digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kehormonian.

Jauteh turut memohon sumbangan bagi membina dewan terbuka bagi memudahkan penganjuran program di pekarangan masjid tersebut.

Jelasnya, sekiranya ada dewan terbuka, mereka tidak perlu lagi membuka khemah bagi penganjuran sebarang program atau aktiviti.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, cadangan dan permohonan yang dikemukakan akan cuba dibawa kepada pengetahuan Ketua Menteri.

Beliau juga mahu pengarah Jheains mengambil maklum tentang cadangan membina astaka terbuka di pekarangan masjid tersebut, jika boleh tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.