“Sumbangnya Suara, Kawan-Kawan ‘Game’ Ke?” – Netizen Kecam Nyanyian Fazura Di Indonesia

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 4:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fazura

Selebriti terkenal, Fazura muncul dalam satu rancangan di Indonesia mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.

Dalam rancangan tersebut, artis ini telah menyanyikan lagu secara ‘live’ dan ‘solo’ tanpa kehadiran rakan duetnya iaitu Fattah Amin.

Fazura nyanyi lagu terbaru di Indonesia

Namun, rata-rata daripada netizen mempersoalkan keyakinan yang dimiliki Fazura ketika menyanyikan lagu tersebut.

Menurut netizen, lagu tersebut kedengaran sumbang ketika dinyanyikan secara langsung.

image is not available

Meninjau ke Instagram, pelakon popular Sharnaaz Ahmad turut dilihat meninggalkan komen berkenaan nyanyian Fazura.

Sharnaaz Ahmad pun komen

image is not available

Sharnaaz secara berseloroh berkata, suaranya dan Fazura lebih kurang serupa membuatkan dirinya yakin dengan single terbaru yang akan dilancar tidak lama lagi.

Dalam temubual bersama SEA Today News di Indonesia, Fazura menjelaskan lagu Bertahan Demi Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai.

Namun dalam perkahwinan pasti ada cabaran dan penting untuk pasangan bertahan serta berjuang demi cinta.

Pelakon itu turut mengaku pernah menghadapi situasi tersebut dan baru je bercerai selepas 7 tahun berkahwin.

Dia menjelaskan bahawa dia tidak menyesali penceraian yang berlaku kerana telah melakukan yang terbaik di dalam perkahwinannya.

#OhmediaNasihat

Berhati-hatilah dalam melemparkan komen supaya tidak mengguriskan hati individu lain. Mungkin ada cara yang lebih baik untuk menegur. Mana tahu kata-kata positif dapat membantu seseorang perbaiki diri kan?

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X arfdy12


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved