SumiSaujana dapat kontrak teknikal, bekal bahan kimia tiga tahun kepada Pengerang Refining di Johor

LocalBusiness & Finance
3 Dec 2025 • 2:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SumiSaujana dapat kontrak teknikal, bekal bahan kimia tiga tahun kepada Pengerang Refining di Johor
image is not available
liza03/12/2025 - 14:52 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Dis – SumiSaujana Group Bhd memperoleh kontrak selama tiga tahun untuk membekalkan bahan kimia khusus dan menyediakan perkhidmatan teknikal kepada Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PRCSB), pengendali loji penapisan dan pemecah stim di Johor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd, menandatangani perjanjian tersebut pada 10 September 2025. 

 

“Kontrak itu merangkumi pembekalan dan penghantaran di-tert-butyl polysulfide (TBPS), Ethyl Mercaptan (EM), serta tenaga kerja, peralatan, bahan dan sokongan logistik untuk operasi PRCSB.

 

“Syarikat menerima persetujuan daripada PRCSB untuk mengumumkan perjanjian tersebut pada 2 Disember 2025,” katanya dalam makluman tersebut.

 

Kontrak itu dijalankan apabila perlu (call-out basis) yang bermaksud ia tidak mempunyai nilai kontrak tetap kerana tidak eksklusif dan PRCSB tidak diwajibkan membuat pesanan atau membeli kuantiti minimum dari SumiSaujana.

 

SumiSaujana berkata, kontrak ini tidak akan menjejaskan secara material aset bersih atau nisbah hutang kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

 

“Namun ia dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan sepanjang tempoh kontrak tersebut,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard