“Sungai Bukan Tong Sampah” -PHM Tegur Tindakan Cuci Perut Lembu Hingga Cemar Alam

LocalEnvironment
8 Jun 2025 • 3:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Public Health Malaysia atau PHM tegur tindakan segelintir masyarakat yang membasuh najis dan organ dalaman haiwan korban terus ke dalam sungai ketika menjalankan ibadah korban

image is not available

PHM tegur tindakan cuci perut ada najis haiwan di sungai

Menerusi perkongsian di Facebook, tindakan ini disifatkan memberi lebih banyak mudarat kepada alam sekitar meskipun niat asal adalah untuk membersihkan.

“Setiap kali tibanya musim korban, amalan ibadah ini membuka ruang untuk kita berbuat baik, bukan saja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada alam sekitar.
“Namun sayangnya masih berlaku perbuatan membasuh najis dan perut lembu terus ke dalam sungai. Niat mahu membersih, tapi tindakan ini membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan,” tulisnya.

image is not available

PHM Tegur Tindakan sesetengah pihak, minta elak kendalikan usus haiwan berdekatan sumber air

PHM menjelaskan bahawa perut dan usus haiwan korban sepatutnya dikendalikan dalam jarak sekurang-kurangnya 50 hingga 100 meter dari sungai, longkang atau mana-mana sumber air awam.

Mereka juga menyarankan agar najis dan sisa organ dikumpul menggunakan plastik hitam tebal sebelum dihantar ke tapak pelupusan atau ditanam dalam lubang khas.

“Jangan biarkan sisa terbuka atau dimakan haiwan liar. Sungai itu hidup.
“Ia bukan tong sampah. Setiap air yang mengalir akan sampai ke tubuh manusia,” tegas PHM lagi.

image is not available

Susulan daripada itu, mereka mencadangkan penggunaan tong najis khas atau lubang yang dikambus selepas digunakan bagi menjaga kesucian ibadah dan kebersihan alam sekitar.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sesetengah individu seakan menjadikan momen membasuh perut haiwan korban di dalam sungai sebagai satu konten tanpa menyedari ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar.