Sungai dua kawasan di Selangor lepasi paras bahaya

27 Nov 2022 • 11:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 NOV: Dua sungai di Selangor direkod melebihi paras bahaya manakala satu berada di paras amaran setakat jam 10 malam tadi.

Berdasarkan maklumat https://publicinfobanjir.water.gov.my/Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama menunjukkan bacaan 16.91 meter melepasi paras normal 13.70 meter.

Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang pula merekodkan bacaan 11.08 meter melepasi paras normal 7.40 meter.

Sungai dalam kategori amaran pula ialah Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam yang berada pada paras 2.22 mter (paras normal 1.00 meter).

Data juga menunjukkan lima sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Kandis di Kampung Jawa (4.24 meter) Sungai Klang di bandar Klang (2.42 meter), Sungai Bernam di Kampung Selisek, Hulu Selangor (26.14 meter), Sungai Langat di Dengkil, Sepang (6.51 meter) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (3.35 meter).

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved