Sungai Surut Akibat Kemarau, Penduduk Gempar Temui Bangkai Kapal Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun 

18 Oct 2022 • 10:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sungai Surut Akibat Kemarau, Penduduk Gempar Temui Bangkai Kapal Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun

Seorang penduduk Baton Rouge, Louisiana yang mencari artifak terkejut apabila menemui sebuah bangkai kapal dipercayai berasal dari abad ke-19 di Sungai Mississippi yang surut, lapor WBRZ.

Lapor CNN, salah seorang penduduk, Patrick Ford memberitahu WBRZ bahawa dia sentiasa keluar memerhati air sungai yang surut selama berminggu-minggu namun penemuan kapal itu di luar jangkaan.

Dia kemudiannya segera menghubungi ahli arkeologi negeri Mississippi, Chip McGimsey berhubung penemuan itu.

image is not available
Gambar: WBRZ/CNN

Bagaimanapun, McGimsey menjelaskan bahawa bangkai kapal yang ditemui itu telah lama dilaporkan. Kapal itu dipercayai sebuah kapal perdagangan, Brookhill yang telah siap dibina pada tahun 1896 di Indiana, maklumnya.

Tambahan lagi, satu kapal yang dikenali Istrouma turut menyeberangi sungai berkenaan pada malam hari yang sama.

“Difahamkan, terdapat ribut kuat melanda kedua-dua kapal berkenaan sehingga tenggelam pada 29 September 1915. Kapal Brookhill dilaporkan karam akibat terkena kayu balak sekitar 30 meter dari tempat mendarat.

Beberapa kajian telah dilakukan oleh pasukan arkeologi berkaitan artifak itu setelah dijumpai 30 tahun lalu, tambah McGimsey.

“Tiada data lengkap mengenai bangkai itu dalam struktur pembinaan. Ia merupakan bukti yang jarang berlaku sekitar 1900-an,” kata kata McGimsey kepada WBRZ.

Sehingga kini, 90 peratus daripada badan kapal itu telah terdedah dan pembinaannya akan dikaji semula. Pada tahun 1992 pihak arkeologi telah menjalankan beberapa kajian namun agak terbatas dengan hanya melihat sebahagian kecil bangkai tersebut.

image is not available
Gambar: Bailey White via CNN

Lebih 55 peratus daripada kawasan Amerika Syarikat mengalami kemarau dengan lebih 133 juta orang terkesan, lapor Jabatan Pemantau Kemarau Amerika Syarikat.

Memetik CNN, kemarau yang teruk di seluruh Midwest telah menyebabkan sungai berkenaan kini mencapai paras terendah.

Menurut data dari Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara, mendedahkan lebih daripada 40 kawasan atau ‘spot‘ di sungai Mississippi berada di paras air terendah.

Sumber: CNN