Sungai tercemar: Dulu Sungai Raja Hitam lubuk ikan, udang

16 Mar 2024 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati, tiada lagi pencemaran bau dan kotor berlaku di Sungai Raja Hitam, Ayer Tawar di sini.

image is not available
Keadaan air Sungai Raja Hitam nampak sedikit jernih tanpa kesan kotoran hitam, berkeladak dan berminyak seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

image is not available
Jajaran sungai berkenaan terutama di kawasan penempatan dekat Taman Sungai Dindings, Ayer Tawar dijadikan lokasi riadah dan rekreasi oleh komuniti setempat termasuk memancing.

image is not available
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, Sungai Raja Hitam nampak sedikit jernih tanpa kesan kotoran hitam, berkeladak dan berminyak seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

image is not available

MANJUNG - Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mendedahkan sering menerima aduan daripada penduduk setiap kali Sungai Raja Hitam, Ayer Tawar di sini bertukar warna menjadi kehitaman akibat pencemaran.

Setiausahanya, Noor Ismady Ahmad berkata, penduduk tempatan terutamanya di Changkat Keruing paling hampir dan terkesan akibat pencemaran yang berlaku dipercayai berpunca daripada kegiatan pertanian perladangan sawit, kegiatan akuakultur kolam udang dan kegiatan perindustrian kilang sawit.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan hidupan marin, bahkan ia turut menyumbang kemusnahan biodiversiti di zon riparian iaitu rizab sungai yang memain peranan penting sebagai zon penampan.

**media[2576796]**

"Nelayan dan pemancing memaklumkan kepada kami, dahulu di sungai ini mudah untuk mendapatkan pelbagai spesis ikan, ketam, siput dan udang.

"Tetapi hari ini nelayan tidak boleh lagi mencari hasil di sini terpaksa keluar lebih jauh itupun belum tentu membawa pulang hasil.

"Beberapa pemancing menceritakan pengalaman beberapa lubuk yang sebelum ini menjadi tumpuan, namun kini tiada lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati, tiada lagi pencemaran bau dan kotor berlaku di Sungai Raja Hitam.

**media[2576795]**

Air sungainya nampak sedikit jernih tanpa kesan kotoran hitam, berkeladak dan berminyak seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Jajaran sungai itu terutama di kawasan penempatan dekat Taman Sungai Dindings, Ayer Tawar dijadikan lokasi riadah dan rekreasi oleh komuniti setempat termasuk memancing.

Difahamkan, sungai berkenaan sebelum ini dicemari bahan daripada aktiviti pertanian industri pemprosesan kelapa sawit dari kilang berhampiran.

**media[2576797]**

Bagaimanapun sejak akhir tahun lalu, aktiviti pembuangan itu tidak lagi berlaku mengakibatkan keadaan sungai kembali pulih seperti semula jadi.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Sungai Raja Hitam merupakan satu-satunya sungai paling tercemar di Malaysia apabila berada di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2022.

**media[2576624]**

Malah sungai yang mempunyai bacaan Indeks Kualiti Air sebanyak 30 itu pernah diklasifikasikan tercemar teruk dan berada pada Kelas Empat yang sumber airnya hanya boleh digunakan untuk tujuan pengairan pada tahun 2019.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

View Original Article