
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) bakal menganjurkan acara komuniti berasaskan kesihatan, Karnival Health Living SunMed 2026 pada Ahad, 26 April 2026, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang bertempat di Lobi Menara D, SMC.
Berpandukan tema “Kesihatan Lebih Baik. Kehidupan Lebih Bermakna” (Better Health. Better Life), karnival ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan melalui pencegahan, dan kesejahteraan komuniti. Ia juga dianjurkan bagi menggalakkan individu serta keluarga mengambil langkah praktikal ke arah meningkatkan kesihatan mereka secara menyeluruh dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.
Berdasarkan ramalan data terkini, tahap kesihatan dan kesejahteraan am rakyat Malaysia berada pada tahap yang perlu diberi perhatian dan berdepan cabaran jangka panjang, terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCD) yang berpunca daripada faktor gaya hidup.
Kadar obesiti kekal tinggi, dengan lebih 2.85 juta kanak-kanak (berumur 5-19 tahun) dijangka mengalami berat badan berlebihan atau obes menjelang 2026, selain menjejaskan lebih 32.6% orang dewasa. Peningkatan prevalens NCD seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kanser turut menjadi kebimbangan utama di Malaysia.
Selaras dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada bulan April, karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui pencegahan, pendidikan mengenai kesihatan, serta amalan gaya hidup yang lebih sihat.
Tan Mei Shin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, berkata, “Di SMC, kepentingan pesakit dan komuniti adalah teras utama dalam setiap usaha kami. Melalui karnival tahunan ini, kami ingin memperkasakan rakyat Malaysia agar mereka mengukuhkan imuniti, mengekalkan kecergasan fizikal, dan mengamalkan gaya hidup aktif. Kami berharap, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, ia akan memberi inspirasi kepada individu dan komuniti untuk mengutamakan kesejahteraan diri demi menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.”
Pengunjung boleh akses pelbagai saringan dan penilaian kesihatan yang dikendalikan oleh Pusat-Pusat Kecemerlangan SMC, termasuk Analisis Komposisi Badan, Ujian Glukosa Darah & Kolesterol, Ujian Tekanan Darah Postural, Ujian Ketahanan Sit-to-Stand, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti interaktif dan informatif seperti Cabaran Lightning Reflex, Cabaran Pickleball, Marketplace Hidup Sihat, reruai kesedaran kesihatan, pendengaran dan kanser, sesi kuiz, serta segmen cabutan bertuah.
Baru-baru ini, SMC sekali lagi diiktiraf sebagai hospital terbaik di Malaysia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2026, menandakan tahun kedua berturut-turut menerima penghormatan tersebut. Hospital ini turut dinobatkan sebagai Hospital Terbaik (Hospital of the Year) buat tahun kelima berturut-turut, di samping menerima anugerah Inisiatif Hospital Pintar Terbaik (Smart Hospital Initiative of the Year) di Healthcare Asia Awards 2026. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan hospital dalam memacu kecemerlangan klinikal dan memperkukuh reputasi globalnya dalam keselamatan pesakit serta keberkesanan klinikal.
Untuk mendaftar bagi acara ini, sila lawati: https://sunmedcarnival2026.sunwaymedical.com/

