Suno Kini Membolehkan Anda Menjana Lagu Menggunakan Suara Anda Sendiri

EntertainmentMusic
29 Mar 2026 • 1:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Suno merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, membolehkan pengguna untuk menjana lagu beserta muzik menggunakannya. Terbaru, pembangunnya telah melancarkan Suno versi terbaru, iaitu Suno V5.5.

Melalui versi baharu ini, salah satu ciri yang diberikan fokus utama adalah Voices. Suno mengatakan ciri ini adalah salah satu ciri yang diminta ramai sejak sekian lama. Melaluinya, pengguna boleh merakamkan suara masing-masing, dan seterusnya melakukan penjanaan muzik dan lagu menggunakan suara tersebut.

image is not available

Suno mengatakan penggunaan suara adalah dihadkan kepada seseorang pengguna sahaja, dan tidak ditawarkan kepada yang lain. Ciri ini ditawarkan kepada pengguna pelan berbayar sahaja buat masa ini.

Suno v5.5 turut menyertakan ciri “My Taste” yang membolehkan ia mengenal-pasti citarasa anda, dan seterusnya mengoptimasikan perkhidmatan berasaskan seseorang pengguna tersebut.

Dengan penawaran ini, ia dijangka akan membuka kepada dimensi baharu dalam penjanaan lagu dan muzik dikuasakan kecerdasan buatan.