Ramai yang beranggapan kalau sunscreen tu lembut dan mild, maknanya perlindungan UV-nya pun lemah. Tapi betul ke tanggapan itu?
Bioré Malaysia baru-baru ini menganjurkan satu retreat khas bersama sekumpulan influencer dan content creator tempatan di Bukit Tinggi yang memberikan pengalaman yang bukan sahaja menyegarkan, malah membuka mata ramai tentang fakta sebenar di sebalik mild sunscreen mild.
AdvertisementDan hasilnya? Ramai yang tak sangka….
Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild- Mild Pada Kulit, Beri Perlindungan Yang Diperlukan Kulit

KENALI PRODUK BARU INI
Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild merupakan produk sunscreen terbaru daripada Bioré yang baru saja memasuki pasaran Malaysia.
Produk ini direka khas untuk mereka yang mengalami kulit sensitif, mudah kering, atau kulit yang ‘meradang’ apabila terdedah kepada bahan kimia tertentu. Formulanya adalah 100% bebas daripada bahan-bahan yang biasa mencetuskan masalah kulit:
-Tiada Alkohol
-Tiada Pewangi (Fragrance)
-Tiada Paraben
-Tiada Pewarna (Colorant)
-Tiada Avobenzone
-Tiada Mikroplastik
Di samping itu, formulanya yang mild turut diperkaya dengan bahan-bahan penenang kulit yang membantu menjaga kesihatan skin barrier.
Jangan sangka kerana formulanya yang gentle, perlindungan UV-nya kurang hebat. Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild hadir dengan SPF 50+ PA++++ iaitu perlindungan tertinggi mengikut standard Jepun. Teknologi Micro Defense pula memberikan perlindungan sehingga 166% lebih tinggi berbanding sunscreen biasa.
Tekstur sunscreen ni seperti air, ringan, dan serap dengan cepat ke kulit tanpa rasa berminyak atau berat. Sesuai sangat untuk dipakai harian, terutama dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap ni.
Nature Retreat Yang Bukan Sekadar Santai Jalan-Jalan

Dari Bukit Tinggi, Bioré Buktikan Semuanya
Retreat yang dianjurkan Bioré ini bukan sekadar program santai di alam terbuka. Setiap aktiviti dirancang teliti untuk menterjemah objektif dan kelebihan Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild, bagaimana ia mampu memberikan perlindungan UV yang kuat, dan pada masa yang sama tetap lembut untuk kulit sensitif.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah Ingredient Decoding Session (memahami formula sebenar di sebalik Bioré UV Mild), Skin Analysis & UV Application (analisis kulit secara langsung untuk memahami tahap sensitiviti UV wajah), No-Makeup Morning Walk (hanya dengan Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild sebagai pelindung wajah) dan banyak lagi.
Mild Bukan Lemah, Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild Kini Pelindung ‘Hero’

Selepas seharian bersama di Bukit Tinggi, Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild berjaya buktikan sunscreen yang mild tidak semestinya lemah.

Dengan teknologi yang tepat dan pemilihan bahan yang bijak, Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild berjaya membuktikan bahawa perlindungan UV yang kuat boleh wujud seiring dengan formula yang lembut dan selamat untuk kulit sensitif.
Kalau selama ini anda rasa sunscreen ‘kuat’ mesti buat kulit merah, kering, atau rasa panas mungkin dah masanya untuk anda cuba yang mild.
Di Mana Nak Dapatkan Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild?

Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild kini boleh didapati di guardian seluruh Malaysia pada harga RM35. Dapatkannya di cawangan guardian berdekatan, atau semak ketersediaan stok di kedai Guardian online.
Untuk lebih banyak info tentang produk dan promosi terkini Bioré, ikuti akaun rasmi Bioré Malaysia di Facebook. Kerana perlindungan UV yang terbaik bermula dengan pilihan yang bijak macam Bioré UV Aqua Rich Watery Essence Mild.
The post Sunscreen Mild Tapi Perlindungan Lemah? Bioré Nature Retreat Buktikan Sebaliknya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
