Sunting gambar Aliff Aziz, nasihat Lando Zawawi bikin ramai dekah!

23 Apr 2024 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Lando Zawawi raih perhatian ramai apabila dia bertindak menyunting foto Aliff Aziz dengan meletakkan wajahnya bersama seorang wanita yang dipercayai usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lando di laman Instagramnya, dia turut berkongsi nasihat lucu kepada orang ramai yang mempunyai kaitan dengan isu aktor Aliff Aziz.

Lando Zawawi

“Perasaan bangga menjadi rebutan itu akan berhenti. Bila semua menjadi kendur satu hari nanti dan kau cuma boleh dikenangi sebagai koteuncang lipten, celup sana celup sini sehingga dijemput Ilahi,” ujarnya.

Lando Zawawi

image is not available

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian pelakon yang berusia 49 tahun itu yang didakwa kreatif dalam menyampaikan pesanan kepada umum berhubung isu yang sedang hangat berlaku.

image is not available image is not available

Bagai penang dibelah dua

Bukan itu sahaja, ramai mengusik Lando yang juga merupakan aktivis masyarakat sesuai menjadi pasangan usahawan tersebut malah mendoakan agar mereka dijodohkan bersama.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku jalin hubungan dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan kronologi hubungannya bersama penyanyi tersebut dengan tujuan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

image is not available

Dakwanya, dia mula rapat dengan Aliff Aziz apabila penyanyi tersebut sering mengadu masalah rumah tangga yang dialaminya sehingga membuatkan rasa sayang antara mereka.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Sumber: Instagram @landozawawi