
Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) kini mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Bandar Pintar No.1 Malaysiaselepas menerima pengiktirafan Platinum dalam Smart Township Malaysia 2025 Awards anjuran PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Kejayaan ini menjadikan SCIP, sebuah pembangunan seluas 2,000 ekar oleh Sunway Property sebagai pemaju swasta pertama yang berjaya meraih tahap tertinggi dalam anugerah yang sebelum ini hanya didominasi oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
Anugerah tersebut disampaikan sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Kebangsaan, yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Fadillah Haji Yusof.
Mengikut kerangka Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (2019–2025) dan piawaian antarabangsa ISO 37122:2019, penilaian dibuat berdasarkan tujuh tonggak utama:
- Smart Government
- Smart Economy
- Smart People
- Smart Living
- Smart Mobility
- Smart Environment
- Smart Digital Infrastructure
“Model bandar masa depan Malaysia”
Pengarah Urusan Sunway Property, Chung Soo Kiong, berkata pengiktirafan ini membuktikan keupayaan syarikat dalam memacu pembangunan bandar pintar berasaskan teknologi, AI dan kelestarian.
“Melalui Sunway City Iskandar Puteri, kami berjaya menghidupkan tujuh tonggak utama PLANMalaysia. Kami mahu membina komuniti masa depan yang saling terhubung dan mampan, inilah contoh bandar pintar hari ini dan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property (Wilayah Selatan), Gerard Soosay, menambah bahawa prinsip kelestarian dan inovasi telah lama menjadi nadi kepada setiap pembangunan Sunway.
“Kami bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi mencipta komuniti yang pintar, inklusif dan sihat. Sunway City Iskandar Puteri ialah bukti bahawa reka bentuk mampan dan sistem digital boleh bergerak seiring membina masa depan lebih baik,” ujarnya.
Dengan kedudukan strategik di koridor Iskandar Malaysia, SCIP kini menjadi contoh bandar lestari yang selamat, sihat dan berdaya tahan tempat komuniti boleh tinggal, belajar, bekerja, bermain dan menikmati kehidupan dalam satu kawasan yang terhubung sepenuhnya.
Pengiktirafan Platinum ini mengangkat Sunway City Iskandar Puteri sebagai penanda aras baharu pembangunan bandar pintar di Malaysia, dan bukti bagaimana inovasi sektor swasta boleh melengkapkan agenda nasional ke arah Smart Nation 2040.
Untuk maklumat lanjut: www.sunwayproperty.com
The post Sunway City Iskandar Puteri Cipta Sejarah, Dinobat Bandar Pintar No.1 Malaysia appeared first on Siakap Keli.


