Sunway Construction raih kontrak pusat data bernilai RM570 juta di Johor

LocalBusiness & Finance
18 Dec 2025 • 6:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunway Construction raih kontrak pusat data bernilai RM570 juta di Johor
image is not available
haziq18/12/2025 - 18:21 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Dis – Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM570 juta daripada sebuah syarikat teknologi multinasional berpangkalan di Amerika Syarikat bagi kerja-kerja pakej teras dan struktur untuk pembangunan sebuah pusat data di Johor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, SunCon berkata syarikat teknologi multinasional tersebut turut mempunyai opsyen dan hak, namun bukan kewajipan, untuk menganugerahkan pakej kerja mekanikal dan kejuruteraan (M&E) fit-out bagi projek berkenaan kepada SCSB, tertakluk kepada pemuktamadan dan pelaksanaan kontrak projek.

 

Menurut SunCon, surat anugerah berkenaan juga berfungsi sebagai notis untuk memulakan kerja, dengan projek itu dijadualkan siap pada suku keempat 2026 (4Q26).

 

Katanya, setakat ini jumlah buku pesanan tertunggak kumpulan mencecah RM6.1 bilion. 

 

Dengan mengambil kira kontrak terbaharu tersebut, jumlah projek baharu yang berjaya diperoleh kumpulan sepanjang tahun ini meningkat kepada RM4.6 bilion. - DagangNews.com

Terkini standard