Sunway gagal ambil alih IJM

Business & Finance
6 Apr 2026 • 9:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sunway Bhd gagal dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd selepas hanya berjaya memperoleh 1.17 bilion saham IJM.

SUNWAY Bhd gagal dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd selepas hanya berjaya memperoleh 1.17 bilion saham IJM, mewakili 33.43 peratus daripada jumlah keseluruhan saham.

Dalam satu kenyataan, Maybank Investment Bank berkata, Sunway tidak memenuhi syarat penerimaan kerana tidak memiliki secara agregat lebih daripada 50 peratus saham dalam IJM setakat penutupan tawaran pada jam 5 petang hari ini.

“Sehubungan itu, tawaran tersebut telah luput dan tidak lagi boleh diterima. Semua penerimaan akan dikembalikan kepada pemegang saham yang menerima tawaran, dan pihak penawar tidak lagi terikat dengan sebarang penerimaan terdahulu terhadap tawaran tersebut,” katanya.

AKAN MENYUSUL