
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sunway Lagoon sentiasa mempelbagaikan barisan tarikan ikoniknya dengan majlis pelancaran Wild Chase Water Coaster, gelongsor air hibrid pertama di Malaysia yang menggabungkan keterujaan roller coaster dengan keseronokan gelongsor air.
Salah satu daripada tujuh pengalaman unik di Sunway Lagoon, Wild Chase Water Coaster terletak di dalam Sunway Lost Lagoon dan menjanjikan keseronokan luar biasa yang mesra keluarga.
Para pengunjung akan meluncur lebih 280 meter melalui laluan berliku, selekoh curam, jatuhan mengejut dan percikan air yang mendebarkan, semuanya berlatarbelakangkan kehijauan tropika yang mempesona. Tarikan ini kini dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang (tutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum Malaysia).
Dibina dan dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM30 juta, Wild Chase Water Coaster adalah bukti komitmen Sunway Lagoon terhadap tawaran tarikan bertaraf dunia yang mengutamakan inovasi, hiburan dan keselamatan.
Majlis pelancaran pada 3 Ogos itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, bersama Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dan Encik Mohd Nizam bin Teh Kamaruddin, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Mereka turut disertai oleh wakil media, tetamu jemputan serta pihak pengurusan Sunway Theme Parks. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan warna-warni, perarakan pancaragam, persembahan sorak dan pengiraan detik pelancaran. Para VIP telah dijemput menekan butang pelancaran, menandakan permulaan era baharu keseronokan di Sunway Lagoon.
“Di Sunway Lagoon, kami komited untuk terus mempertingkat pengalaman pengunjung melalui inovasi dan tarikan bertaraf dunia. Wild Chase Water Coaster adalah bukti kepada visi ini – menawarkan keterujaan ala coaster dengan percikan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,” kata Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks.
YB Dato’ Ng Suee Lim turut menegaskan kepentingan unsur keselamatan dan kawal selia bagi tarikan ini.
“Dalam usaha kita memajukan sektor pelancongan dengan tarikan menarik seperti Wild Chase Water Coaster, aspek keselamatan dan pengalaman pengunjung yang imersif harus menjadi keutamaan.
“Kami memuji usaha proaktif Sunway Lagoon dalam bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan yang berkaitan untuk memastikan tarikan ini mematuhi standard keselamatan yang ketat. Tarikan seperti ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, malah menjadikan penanda aras baharu untuk hiburan keluarga yang selamat,” tambah beliau.
Dengan pelancaran ini, Sunway Lagoon terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi taman tema terunggul di Malaysia, di mana para pengunjung dapat menikmati pelbagai tarikan mendebarkan, interaksi haiwan liar, tarikan bertaraf dunia dan pengembaraan berasaskan air.
7 Pengalaman 1 Tiket – Lebih 12 Jam Keseronokan
Siang atau malam? Mengapa perlu pilih kalau anda boleh menikmati kedua-duanya? Dengan tiket Sunway Lagoon Day Park, pengunjung boleh mula masuk lebih awal ke Sunway Lagoon
Night Park bermula jam 2:00 petang. Itu bermakna 13 jam keseronokan tanpa henti merentasi tujuh pengalaman unik dari pagi hingga malam!
Dapatkan tiket anda SEKARANG di laman web Sunway Lagoon atau melalui Sunway Super App dan dapat terokai dunia penuh keajaiban selepas matahari terbenam.
Rancang Pengembaraan Anda
Bersedia untuk berlayar ke pengembaraan seterusnya! Lawati laman web Sunway Lagoon atau ikuti Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan RedNote untuk maklumat terkini, kolaborasi eksklusif dan pengalaman imersif yang akan datang.


