Super El Nino Diramal Mac-Mei-2027, Suhu Maksimum Berpotensi Pecah Rekod 40.1 Darjah Celsius

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Super El Nino Diramal Mac-Mei-2027, Suhu Maksimum Berpotensi Pecah Rekod 40.1 Darjah Celsius

JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu bersiap siaga menghadapi fenomena “Super El Nino” yang dijangka membawa cuaca sangat panas antara Februari hingga Mei tahun depan, sekali gus berpotensi memecahkan rekod suhu tertinggi negara 40.1 darjah Celsius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata suhu maksimum negara berpotensi melebihi 41 darjah celsius berdasarkan analisis terhadap fenomena El Nino sangat kuat ketika ini, selain kesan perubahan iklim dan pemanasan global.

“Kalau kita lihat perubahan iklim sekarang, kadar peningkatan suhu negara adalah sekitar 0.13 darjah Celsius bagi setiap 10 tahun.

“Berbanding 1998, sudah hampir 30 tahun dan apabila ditambah dengan lonjakan suhu ketika El Nino, kemungkinan peningkatannya lebih satu darjah celsius berbanding rekod 40.1 darjah Celsius ketika itu. Kita jangka 41 darjah Celsius ke atas berkemungkinan berlaku. Itu yang kita jangkakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Iklim Kebangsaan 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini bertemakan “Kesiapsiagaan Hari Ini, Ketahanan Masa Depan”, yang dihadiri lebih 500 peserta daripada pelbagai jabatan dan kementerian.

Malaysia pernah merekodkan suhu tertinggi 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998 ketika episod El Nino 1997/1998, manakala suhu tertinggi ketika episod 2015/2016 ialah 39.3 darjah celsius yang dicatatkan di Batu Embun, Pahang pada 10 April 2016.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved