Super El Nino: Naik harga sayur melampau boleh dikenakan tindakan

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 1:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Super El Nino: Naik harga sayur melampau boleh dikenakan tindakan

SHAH ALAM – Peniaga yang menaikkan harga sayur-sayuran dan rempah ratus secara melampau ketika fenomena Super El Nino boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga yang menaikkan harga bahan makanan itu tanpa alasan munasabah.

“Turun naik harga barang (sayur dan rempah ratus) sentiasa berlaku. Kalau kenaikan harga yang munasabah dan mengikut pemantaun kita, maka kenaikan itu dibenarkan.

“Kita memantau harga sayur setiap hari. Jadi, kita boleh tahu harga sayur secara harian,” katanya kepada sidang akhbar selepas pelancaran program Pasar Patuh 2026 peringkat Selangor di Pasar Moden Seksyen 16, di sini, hari ini.

Sebanyak 75 pasar awam seluruh negara akan terlibat dalam program tersebut.

Menurut Fuziah, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan turun padang bagi memeriksa kos rantaian bekalan termasuk kos pengeluaran dan logistik sekiranya berlaku kenaikan harga sayur-sayuran dan rempah ratus yang tidak munasabah.

Katanya, pengiraan akan dibuat berdasarkan kos pengeluaran dan logistik bagi menentukan sama ada kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan munasabah atau sebaliknya.

“Kalau ada aduan mengenai kenaikan harga sesebuah barang, KPDN akan terus tengok pada harga barang itu.

“Kalau ada keperluan untuk kita minta peniaga dokumen perniagaan (invois kos pengeluaran dan kos logistik), kami akan minta untuk buat pengiraan kos barang terbabit,” ujarnya.

Sebelum media melaporkan harga sayur-sayuran dan rempah ratus dijangka naik pertengahan tahun hadapan ekoran fenomena Super El Nino yang paling kuat, penghujung tahun ini.

Jangkaan tersebut dibuat kerana negara amat bergantung kepada pengimportan sayur dan rempah ratus dari negara lain seperti China dan India. – KOSMO! ONLINE

The post Super El Nino: Naik harga sayur melampau boleh dikenakan tindakan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved