SUPER JUNIOR Bakal Adakan Konsert Jelajah Asia Di Kuala Lumpur Pada Ogos Ini

19 Apr 2024 • 12:36 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada berita gembira untuk peminat SUPER JUNIOR di Malaysia!

Terbaru, SUPER JUNIOR telah mengumumkan konsert jelajah asia mereka akan datang ‘2024 SUPER JUNIOR <SUPER SHOW SPIN-OFF : Halftime>’, di bandar seperti Seoul, Bangkok, Singapura, Ho Chi Minh, Taipei, Hong Kong, Jakarta dan termasuklah Kuala Lumpur.

Menerusi poster yang dikongsi, kumpulan itu akan melawat Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini, bertempat di Stadium Axiata Arena.

Selain itu, konsert tersebut akan diuruskan oleh pihak iMe dan segala butiran lanjut seperti harga tiket masih belum dikeluarkan lagi setakat ini.

Dapatkan info terkini menerusi laman iMe!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.