Super Taufan Ragasa Hadiahkan ‘Seafood’ Percuma

LocalEnvironment
26 Sep 2025 • 9:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Super Taufan Ragasa Hadiahkan ‘Seafood’ Percuma

Siapa menyangka Super Taufan Ragasa, yang digelar sebagai ribut tropika terkuat dunia tahun ini yang melanda Hong Kong dan selatan China pada Rabu meninggalkan ‘rezeki’ yang tak disangka-sangka.

Disebalik kemusnahan dan bencana yang dibawa ribut taufan itu, terselit suasana yang menggembirakan penduduk.

Baru-baru ini tular, sebuah video yang dikongsi Shanghai Daily memaparkan penduduk tempatan dipercayai di Macau turun padang ke tengah bandar yang ditenggelami air itu.

Meriah, Orang Ramai Turun Cari ‘Lauk’ Percuma

Apa yang mencuri perhatian adalah mereka dilihat membawa peralatan menangkap ikan susulan hujan lebat yang membawa ikan ‘sesat’ hingga ke kawasan berkenaan.

Ada yang dilihat memuatkan ikan ke atas basikal mereka, manakala yang lain pula berswafoto dengan hasil tangkapan mengejutkan itu.

https://x.com/shanghaidaily/status/1970800925536391237?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1970800925536391237%7Ctwgr%5E1c1c1d36810974aa636be35d9eaab5b1a78d16eb%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsinar.syok.my%2Fviral%2Ftrending%2Ftaufan-ragasa-bawa-ikan-percuma-untuk-penduduk

“Selepas TyphoonRagasa, air laut banjiri jalan di Macau kini penduduk wading masuk dan menangkap ikan seolah-olah ia sebuah kolam gergasi,” tulis Shanghai Daily di platform media sosial.

Video berkenaan meraih lebih 200,00o tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen menghiburkan daripada warga maya.

“Ada ikan percuma untuk semua! hahhahhaha,” komen seorang pengguna.

“Taufan Ragasa dah buat jalan jadi bufet makanan laut, tak perlu tempah lagi,” seloroh pengguna lain.

Terdahulu, Taufan Ragasa dilapor melanda wilayah Guangdong di selatan China pada Rabu dan meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa di Taiwan manakala 20 lagi hilang.

Di Taiwan, kebanyakan mangsa yang terkorban berlaku selepas sebuah empangan tasik pecah di daerah Hualien timur. Sementara itu, lebih 100 orang cedera di Hong Kong, di mana pihak berkuasa membuka 50 pusat perlindungan sementara untuk lebih 900 penduduk.

Super Ragasa merupakan taufan kategori 5 dengan kelajuan angin melebihi 260 km/j. Ia pada awalnya melanda Filipina terlebih dahulu, sebelum bergerak ke Taiwan dan Hong Kong serta China.

Sumber: News 18