
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Waktu kecil dulu, pernah tak ibu ayah suruh korang makan suplemen yang katanya boleh buatkan otak jadi lebih geliga ?
Jangan tak tahu, zaman sekarang pun masih ada lagi yang mengamalkan suplemen sedemikian untuk anak-anak.
Tapi sebenarnya betul ke tanggapan ni atau ia sekadar mitos? Banyak juga testimoni dan review yang kata suplemen ni memang membantu mereka untuk jadi lebih fokus dalam kelas.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Risau Lihat Ibu Bapa Belanja Duit Beli Suplemen Tidak Diketahui Status Kelulusannya Untuk Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Overclaim Khasiat Jus Minuman, Orang Ramai Minta KKM Jalankan Siasatan
Pakar Pediatrik Dedah Suplemen Tak Dapat Buatkan Anak Tiba-Tiba Pandai
Pakar pediatrik, Dr Nisa Khalil, bagaimanapun berpendapat bahawa dakwaan dan teknik pemasaran ini hanya menggunakan kerisauan setiap ibu ayah sama ada anak-anak mereka jauh ketinggalan dalam pelajaran.
Beliau menjelaskan tiada sebarang vitamin atau suplemen yang boleh membantu anak untuk jadi pandai dengan secara tiba-tiba sehingga mendapat keputusan bagus, menghafal ayat Quran dengan lebih laju atau mengubati masalah fokus dan pembelajaran mereka.
“Kalau perkara sedemikian wujud, setiap pakar pediatrik pasti akan memberikannya pada kanak-kanak. Kami tidak mahu menyimpan rahsia. Kami mahu anak-anak anda berjaya,” katanya.
Testimoni Suplemen Berkesan Mungkin Timbul Disebabkan Kesan Plasebo
Mengulas mengenai testimoni bahawa pengambilan suplemen sedemikian didakwa berkesan, Dr Nisa berkata ia kemungkinan disebabkan oleh perkara tertentu.
Ini termasuklah kesan plasebo iaitu percaya suplemen tersebut berkesan (placebo effect) di mana ibu ayah yang berharap berlakunya perubahan, terlihat ada perkembangan kecil pada anak-anak.
Walhal ia mungkin berlaku secara kebetulan iaitu suplemen diambil ketika perkembangan anak sedang bertambah baik, yang mungkin disebabkan oleh latihan atau didikan cikgu yang lebih berkesan.
Malah, ibu ayah juga mungkin terlepas pandang perkara lain yang dilakukan seperti menghantar anak ke pusat tusyen dan mengurangkan tempoh masa skrin mereka, sehingga menganggap kejayaan anak adalah disebabkan oleh suplemen yang diambil.
Dr Nisa juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan review atau testimoni palsu yang sering ditinggalkan bagi produk sedemikian.

Anak Hanya Perlu Suplemen Dalam Keadaan Tertentu
Tapi bila sebenarnya ibu ayah perlu beri suplemen pada anak? Menurut pakar itu, suplemen biasanya hanya diberikan dalam keadaan tertentu, antaranya:
- Diagnosis menunjukkan anak kekurangan zat tertentu seperti zat besi, vitamin B12 dan vitamin D.
- Keadaan perubatan termasuk tubuh badan tidak menyerap zat dari makanan dan penyakit kronik.
- Pemakanan yang terhad akibat alergi atau amalan vegan.
- Suplemen diberi oleh doktor selepas penilaian dijalankan.
Dr Nisa sekali lagi mengingatkan bahawa ibu ayah tidak sepatutnya memberi suatu suplemen kepada anak-anak hanya kerana risau mereka ‘tidak cukup bijak’ dan melihat kanak-kanak lain menunjukkan perkembangan selepas mengamalkannya.
Hidangan Seimbang & Cukup Tidur Bantu Anak Untuk Fokus
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa otak kanak-kanak memerlukan nutrien daripada sumber makanan sebenar serta amalan yang sihat setiap hari.
Katanya, antara perkara yang dapat membantu anak untuk kekal fokus adalah:
- Hidangan seimbang kerana otak memerlukan glukosa, protein dan lemak sihat dari makanan.
- Tidur yang mencukupi iaitu sekitar 10 ke 13 jam bagi kanak-kanak sekolah rendah.
- Rutin pembelajaran yang konsisten selama 20 minit setiap hari dan dua jam sebelum peperiksaan.
- Aktiviti fizikal memandangkan senaman terbukti dapat meningkatkan fokus.
- Waktu menggunakan skrin (screen time) yang terhad.
- Penglibatan ibu ayah seperti membaca buku bersama dan bertanyakan tentang hari anak-anak di sekolah.
“Simpan RM300 anda. Laburkan pada waktu yang berkualiti, makanan berkhasiat dan penilaian pendidikan yang sebenar jika perlu,” katanya.

View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Pediatrik Jelaskan Kenapa Anak Gemar Makanan Yang Sama, Ibu Ayah Jangan Risau!
Pilih Multivitamin Yang Sesuai Berdasarkan Kepada Keperluan Anak
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna ibu ayah tidak boleh sama sekali memberi suplemen kepada anak-anak. Tetapi amalkan dalam bentuk multivitamin dan dapatkan saranan doktor terlebih dahulu.
Sebelum ini, doktor perubatan dan pempengaruh, Dr Malar Santhi telah berkongsi empat jenis multivitamin yang sesuai diambil oleh kanak-kanak berdasarkan kepada keperluannya, iaitu:
- Multivitamin dengan asid folic dan lysine untuk anak picky-eater.
- Multivitamin dengan tambahan Omega-3 untuk mereka yang bersekolah.
- Multivitamin jenis prebiotik buat anak yang baru menghabiskan dos antibiotik.
- Multivitamin yang mengandungi taurine untuk anak pramatang.
Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Keluar Duit! Doktor Kongsi ‘Suplemen’ Percuma Yang Baik Untuk Kesihatan Diri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Muslim Guna Produk & Ambil Suplemen Whitening
