“Support Vendor Dulu..” – Kieda Crepe Terima Penghargaan Penyumbang Zakat Emas Di Pulau Pinang

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2025 • 11:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kieda Crepe Zakat

Usahawan terkenal, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra mengucapkan syukur apabila menerima penghargaan istimewa sebagai penyumbang zakat Kategori Emas di Negeri Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau, Khalieda berterima kasih kepada pelanggan dan seluruh team sehingga beliau menerima pengiktirafan tersebut.

“Support vendor dulu, baru support Kieda”

image is not available

Syukur Alhamdulillah, harini #kiedacrepehouse menerima penghargaan sebagai Penyumbang Zakat Kategori Emas di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih untuk semua yang sudi support Kieda dan Team Kieda yang lain.

Apa yang lebih menyentuh hati, Khalieda turut mengingatkan bahawa kejayaan yang diraih bukan miliknya seorang, sebaliknya adalah hasil daripada sokongan dan rezeki yang dikongsi bersama vendor-vendor tempatan yang sama-sama membina perniagaan dari bawah.

Kejayaan ini turut menjadi bukti bahawa perniagaan yang dibina atas dasar ikhlas dan berkat akan sentiasa diberkati dan berkembang.

Pssttt! Daripada seorang usahawan kecil kini menjadi penyumbang zakat Kategori Emas, kisah Kieda ini memang memberi inspirasi. Tahniah Kieda!

Kredit: Facebook Khalieda Yusra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.