Surat beranak ibu bapa atau sendiri dah lusuh & lunyai, ini cara mudah tukar baru di JPN

LocalFamily & Parenting
20 Jul 2023 • 4:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Surat beranak ibu bapa atau sendiri dah lusuh & lunyai, ini cara mudah tukar baru di JPN

SURAT beranak merupakan dokumen penting buat seseorang. Jika ia tidak dijaga betul, pasti akan menjadi lusuh, kekuningan mahupun terkoyak kecil.

Namun anda jangan risau, jika itu yang terjadi kepada surat beranak anda atau ibu bapa, kini boleh tukar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Walaupun masih boleh digunakan kerana masih ada tulisan tangan dan info, tetapi tidak mustahil ia boleh terkoyak akibat sudah terlalu lama.

Jadi, kalau dokumen penting ini sudah uzur, adalah lebih baik ditukarkan kepada yang baru.

Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Puan Mawarni Sani.

image is not available
Sumber: Internet

 

Dokumen yang perlu dibawa;

  • Bawa 1 salinan kad pengenalan (original dah tentu kita bawak sentiasa)
  • Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
  • Bayaran RM5 (bayar guna kad ya)

Hanya perlu tunggu sekejap, dokumen pun siap!

image is not available

Syarat-syarat untuk tukarkan surat beranak pasangan;

  • Boleh cetak (print) juga untuk pasangan. Syarat-syaratnya:
  • Bawa surat nikah original dan salinan
  • 1 salinan kad pengenalan wakil yang nak print
  • Bayaran RM5
  • Surat beranak lama itu, boleh simpan dan bingkaikan sebagai kenangan.

Selesai sudah hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh.

Best pula tengok surat beranak baru. Cantik! Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mawarni Sani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!