“Surat Beranak Tak Ada, Terbiar Di Bukit Bintang” – Wanita Aktif Promosi Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Buang Anak Sendiri, Netizen Mohon Ambil Tindakan

Family & Parenting
7 Feb 2024 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu sedang mengesan kakak iparnya yang telah mengabaikan anak kandung dan terlibat aktif dalam aktiviti persundalan di Instagram.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun itu telah ditinggalkan di Bukit Bintang dan kini berada dalam jagaan individu itu di Kelantan.

Ditinggalkan ibu kandung

Usaha untuk menghubungi ibu dan bapa kanak-kanak malang itu juga gagal kerana tidak dapat dihubungi di telefon dan juga Whatsapp.

image is not available

Malah, lebih menyedihkan adalah apabila si kecil itu juga masih tidak mempunyai sijil kelahiran meskipun sudah berusia 5 tahun.

Duit belanja tak ada, duit lampin tak ada, dah lima tahun tapi masih lagi tak ada surat kelahiran. Tolong saya untuk cari keluarga budak ini, saya adik ipar mak dia, sekarang budak ini ada dengan keluarga saya. Saya harap sangat mak ayah budak ini datang ambil anak dia.

Si ibu aktif buat aktiviti persundalan

Individu itu juga ada memberikan akaun media sosial si ibu dan hasil carian, wanita berkenaan bersama suaminya dilihat aktif melakukan aktiviti persundalan buat pengikut dengan alasan bekerja sebagai ‘sex instructor’.

image is not available

Sumber : Facebook  

Netizen juga mendakwa wanita berkenaan sememangnya terkenal dengan aktiviti tidak bermoral itu sejak sekian lama di media sosial.

Berikutan itu, netizen berharap pihak terbabit seperti JKM dan pihak polis dapat mengambil tindakan di atas pengabaian kanak-kanak ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

'Influencer' Terkenal Ambil Keputusan Buang Niqab, Dah Minta Izin Suami - "Saya Tidak Akan Tabarruj"